pertanian
Sebelum saya meneruskan penceritaan tentang aktiviti-aktiviti yang pernah dilakukan, saya akan mencreritakan tentang apa itu pertanian. Untuk mendalami dengan lebih mendalam kita harus mengetahui terlebih dahulu apa perihal pertanian. Bab kata orang "tak kenal maka tak cinta".
Pertanian merujuk kepada perihal pengeluaran makanan dan barangan
melalui perkebunan, penanaman, penternakan
dan perhutanan. Pertanian merupakan
pembangunan penting kepada kebangkitan tamadun apabila penanaman dan
penternakan membawa kepada lebihan makanan dan seterusnya membolehkan
pembangunan dalam masyarakat yang semakin ramai dan berkelas. Sektor pertanian,
merupakan antara aktiviti ekonomi yang dikategorikan sebagai sektor utama
(primer sektor) selain daripada perlombongan dan kuari. Walaupun proses
urbanisasi semakin pesat dan tumpuan banyak diberikan kepada sektor pembuatan
dan perkhidmatan, namun majoriti populasi di Asia Tenggara masih mendiami
kawasan luar bandar dan bergantung kepada kegiatan pertanian sebagai sumber
ekonomi utama.
Sektor pertanian sememangnya merupakan sektor yang terpenting bagi
negara-negara membangun seperti Malaysia. Malah ia merupakan antara ciri
terpenting yang membezakan status antara negara-negara membangun dan
negara-negara maju. Sektor ini jugalah yang telah menyumbang kepada asas
pembentukan ekonomi Malaysia di dalam era selepas merdeka yang mana pada masa tersebut,
majoriti penduduk tertumpu kepada aktiviti ekonomi berasaskan pertanian dan
perlombongan. Namun, dengan kepesatan pembangunan dan kemajuan negara, sektor
pertanian beransur-ansur dipandang sayu. Para petani juga tidak lagi berminat
menjalankan kerja-kerja tani yang dahulunya pernah menjadi pekerjaan
turun-temurun. Lebih parah, generasi pelapis yang diharapkan akan meneruskan
pekerjaan turun-temurun itu lebih berminat berhijrah ke bandar-bandar besar
mencari pekerjaan yang lebih ´bermaruah´ dan menawarkan pendapatan yang lebih
tinggi dan terjamin dalam sektor perindustrian. Hal ini kerana imej pekerjaan
di sektor perindustrian dilihat lebih tinggi dan memiliki kemudahan sosial yang
lebih baik. Peluang membaiki taraf ekonomi melalui pendapatan di sektor
perkilangan dan perkhidmatan lebih terjamin. Sebaliknya, pendapatan di sektor
pertanian tidak stabil.








